Jom daftar ahli Alumni Falahiah sekarang !
SATU MALAM, SERIBU KENANGAN — JOM PULANG KE FALAHIAH!
Masih ingat lagi rakan sebilik yang berkongsi suka duka di asrama?
Masih ingat sahabat seusrah yang sama-sama mendengar tazkirah di masjid, rakan sekelas yang pernah berkongsi nota saat peperiksaan, geng volleyball, bola sepak, badminton, set masjid, malah "geng lompat pagar" yang kini masing-masing membawa haluan kehidupan tersendiri?
Kini tiba masanya untuk kita berhenti seketika daripada kesibukan hidup dan kembali bertemu dalam satu himpunan yang penuh makna.
DINNER AL FALAH 2026 Himpunan Alumni SMKA Falahiah dari seluruh Malaysia.
Satu malam untuk mengimbau kenangan. Satu malam untuk mengeratkan kembali persahabatan. Satu malam untuk menghargai insan-insan yang pernah membentuk siapa kita hari ini.
Lebih istimewa, majlis ini akan turut diserikan dengan kehadiran guru-guru serta bekas guru yang pernah mendidik, membimbing dan mungkin juga "merotan" kita suatu ketika dahulu. Insan-insan yang meninggalkan kesan besar dalam perjalanan hidup setiap anak Falahiah.
Di sebalik pertemuan ini, kita juga berpeluang menyumbang kepada sebuah tujuan yang lebih besar.
Setiap penyertaan dan sumbangan akan membantu Dana Amal yang disalurkan terus kepada Tabung Renovasi Masjid SMKA Falahiah.
Marilah kita jadikan kenangan lama sebagai pahala yang berpanjangan.
Pilihan Tempahan:
Pakej Platinum – RM3,000 (8 pax)
Pakej Gold – RM2,000 (8 pax)
Pakej Silver – RM1,000 (8 pax)
Individu – RM150
Berpasangan – RM250 (2 pax)
Khas buat guru-guru Falahiah Tiada sebarang caj dikenakan.
Para alumni juga dialu-alukan untuk menaja kerusi guru pada kadar RM125 satu kerusi sebagai tanda penghargaan kepada insan yang pernah mencurahkan ilmu dan membentuk generasi Falahiah.
Jangan biarkan pertemuan ini berlalu begitu sahaja.
Kerana semakin meningkat usia, semakin kita sedar bahawa kenangan, persahabatan dan jasa guru adalah antara nikmat yang paling berharga untuk dikenang.
Jom pakat balik Falahiah. Jumpa sahabat lama, eratkan ukhuwwah, dan sama-sama menyumbang untuk alma mater yang kita cintai.
Sebaran pertanyaan boleh hubungi En Afandi
https://wasap.my/60133610337/DinnerAlFalah
#DinnerAlFalah2026 #AlumniFalahiah #SelamanyaFalahiah