Jom daftar ahli Alumni Falahiah sekarang !
Alumni SMKA Falahiah (Al-Falah) adalah persatuan yang menaungi semua warga SMKA Falahiah. Aktif berkolaborasi dengan pihak sekolah dan PIBG bagi memastikan penerusan tradisi kecemerlangan di SMKA Falahiah, insya Allah.
SATU MALAM, SERIBU KENANGAN — JOM PULANG KE FALAHIAH!
Masih ingat lagi rakan sebilik yang berkongsi suka duka di asrama?
Masih ingat sahabat seusrah yang sama-sama mendengar tazkirah di masjid, rakan sekelas yang pernah berkongsi nota saat peperiksaan, geng volleyball, bola sepak, badminton, set masjid, malah "geng lompat pagar" yang kini masing-masing membawa haluan kehidupan tersendiri?
Kini tiba masanya untuk kita berhenti seketika daripada kesibukan hidup dan kembali bertemu dalam satu himpunan yang penuh makna.
DINNER AL FALAH 2026 Himpunan Alumni SMKA Falahiah dari seluruh Malaysia.
Satu malam untuk mengimbau kenangan. Satu malam untuk mengeratkan kembali persahabatan. Satu malam untuk menghargai insan-insan yang pernah membentuk siapa kita hari ini.
Lebih istimewa, majlis ini akan turut diserikan dengan kehadiran guru-guru serta bekas guru yang pernah mendidik, membimbing dan mungkin juga "merotan" kita suatu ketika dahulu. Insan-insan yang meninggalkan kesan besar dalam perjalanan hidup setiap anak Falahiah.
Di sebalik pertemuan ini, kita juga berpeluang menyumbang kepada sebuah tujuan yang lebih besar.
Setiap penyertaan dan sumbangan akan membantu Dana Amal yang disalurkan terus kepada Tabung Renovasi Masjid SMKA Falahiah.
Marilah kita jadikan kenangan lama sebagai pahala yang berpanjangan.
Pilihan Tempahan:
Pakej Platinum – RM3,000 (8 pax)
Pakej Gold – RM2,000 (8 pax)
Pakej Silver – RM1,000 (8 pax)
Individu – RM150
Berpasangan – RM250 (2 pax)
Khas buat guru-guru Falahiah Tiada sebarang caj dikenakan.
Para alumni juga dialu-alukan untuk menaja kerusi guru pada kadar RM125 satu kerusi sebagai tanda penghargaan kepada insan yang pernah mencurahkan ilmu dan membentuk generasi Falahiah.
Pendaftaran
👇🏻👇🏻
https://forms.gle/Uxj4AWaPaUyHRuKA9
Sebaran pertanyaan boleh hubungi En Afandi👇🏻👇🏻
https://wasap.my/60133610337/DinnerAlFalah
Jangan biarkan pertemuan ini berlalu begitu sahaja.
Kerana semakin meningkat usia, semakin kita sedar bahawa kenangan, persahabatan dan jasa guru adalah antara nikmat yang paling berharga untuk dikenang.
Jom pakat balik Falahiah. Jumpa sahabat lama, eratkan ukhuwwah, dan sama-sama menyumbang untuk alma mater yang kita cintai.
#DinnerAlFalah2026 #AlumniFalahiah #SelamanyaFalahiah
📢 Nantikan!
Konvensyen BADAR Generasi Madani Peringkat Negeri Kelantan 2026 bakal menghimpunkan warga BADAR dari seluruh Kelantan dalam satu platform yang penuh dengan pengisian ilmu, kepimpinan, perkongsian pengalaman dan pembinaan sahsiah.
🗓️ 7 – 8 Ogos 2026
📍 SMKA Falahiah, Pasir Pekan
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan kerjasama Alumni Falahiah Al Falah.
Insya-Allah, konvensyen ini akan menjadi medan untuk memperkukuh peranan BADAR dalam melahirkan generasi pelajar yang berakhlak, berwibawa dan bersedia memimpin masa hadapan.
Jumpa anda di Falahiah!
#KonvensyenBADAR2026
#GenerasiMadani
#BADARKelantan
#JPNKelantan
#SMKAFalahiah
#AlumniFalahiahAlFalah
23 Mei 2026, SMKA Falahiah - Qiadi Gear Up Workshop SMKA Falahiah. Mendidik & melatih anak-anak remaja tentang Prinsip Aqidah & Perjuangan, Membina Bi'ah Solehah via Amar Ma'rif Nahi Mungkar & Mengusus Organiasis dalam Kepimpinan
.
Alhamdulillah... 43 orang peserta dari tingakatan 4, bakal menerajui kepimpinan & kecemerlangan sekolah.
.
Syukran Tuan Mudir Ust Rosli Idris kerana menyempurnakan perasmian peutup dan juga di atas komitmen serta sokongan sekolah. Dan sudah pasti para @alumnismkafalahiah yang 'bertumas' 3 hari 2 malam mengurus program
.
Buat adik-adik form 4... selamat mendalami 'ilmu pengalaman' yang pasti takkan dapat hanya di dalam kelas semata-mata. Abe Amin bangga atas kehadiran adik-adik sepanjang program. #demifalahiah #makefalahiahgreatagain
SMKA Falahiah, Tumpat, 11 April 2026 - Penghargaan kepada pihak sekolah atas jemputan kepada YDP Alumni SMKA Falahiah, En. Amin Bin Idris untuk merasmikan Majlis Apresiasi SPM 2025 SMKA Falahiah Ke-21. Pihak Alumni juga turut mengambil kesempatan ini untuk memberikan sumbangan tunai kepada 11 orang pelajar yang telah mendapat semua A dalam semua matapelajaran.
.
Tahniah kepada semua calon SPM 2025! Kepada yang cemerlang, teruskan momentum anda. Kepada yang kurang berjaya, ingatlah bahawa gred di atas kertas tidak mendefinisikan nilai diri atau masa depan anda. Perjalanan sebenar baru sahaja bermula!
12 Februari 2026 - Pihak Alumni Falahiah memenuhi jemputan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMKA Falahiah, sekali gus berpeluang menyerahkan cek sumbangan Fasa 1 bagi kerja-kerja baik pulih dan naik taraf Masjid Falahiah.
Terima kasih kepada seluruh penyumbang, khususnya warga alumni dan masyarakat umum yang sentiasa menyokong usaha kebajikan dan pembangunan sekolah tercinta ini.
Insya-Allah, Fasa 2 akan dilancarkan dalam masa terdekat bagi meneruskan usaha murni ini.
Tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi komitmen penuh. Peranan ibu bapa amat penting dalam Ekosistem Falahiah, bersama para guru yang istiqamah mendidik, barisan pentadbir yang cekap mengurus dan memimpin, serta para pelajar yang terus membina jati diri sebagai pemimpin masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada Tuan Mudir Al-Fadhil Ustaz Rosli Idris,
semua Penolong Kanan, wakil PPD Ustaz Asmadi, YDP PIBG Dr. Azwari,
serta YDP Alumni Falahiah, Saudara Amin Idris, dan barisan kepimpinan baharu PIBG.
Semoga kerjasama erat antara sekolah, PIBG dan alumni ini terus diperkukuh demi melahirkan generasi Falahiah yang cemerlang, berakhlak dan berdaya saing.